Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Yick Nam ditubuhkan pada tahun 1929.
Terletak kira-kira 200 meter dari pekan Inanam, sekolah ini telah mencapai usia
70 tahun. Walau bagaimanapun tidak terdapat sebarang dokumen, rekod-rekod rasmi
mahupun majalah sekolah yang mencatat sejarah pembinaan dan pentadbiran sekolah
sejak ia ditubuhkan. Dengan bantuan bekas guru besar seperti En.Ng Swee Nyuk dan
En. Wong Nam Kien, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah En. Lim Nyet Chen dan
bekas murid Lu Zi Chun, Soon Ho, Soon Ket dan lain-lain, maka dapatlah catatan
sejarah ini disiapkan.